Anti Anwar Ibrahim

Bila Manusia semakin gila kuasa..

Anwar, Wan Azizah & Nurul Izzah

Posted by Anwar Ibrahim on February 15, 2008

Dato’ Seri Anwar Anwar Ibrahim adalah manusia yang tidak mahu kalah. Atau sekurang-kurangnya dia tidak mahu kelihatan kalah. Biar kampung tergadai, asalkan menang sorak. Apabila disingkirkan oleh Tun Dr Mahathir Mohamad dari UMNO, dia melawan. Anwar melawan bukan kerana prinsip parti UMNO. Adalah satu pembohongan kalau Anwar mengatakan dia keluar UMNO kerana tidak setuju dengan perjuangan parti itu. Anwar tidak pernah keluar UMNO. Hakikatnya ialah Anwar melawan UMNO kerana UMNO tidak mahu kepada Anwar.

Oleh kerana ingin terus kekal dalam parti UMNOlah, maka Anwar membuat demonstrasi besar-besaran apabila disingkirkan dari UMNO. Disebabkan tidak ada peluang untuk masuk UMNO semula, barulah Anwar “berjanji” dengan PAS dan DAP bahawa dia tidak akan masuk UMNO lagi. Dalam soal “janji”, Anwar memang cekap. Sewaktu dalam UMNO dulu, Anwar pernah berjanji untuk tidak melawan Tun Ghafar Baba sebagai Timbalan Presiden UMNO. Akhirnya, kita dapat melihat apa yang berlaku. Itu dulu. Sekarang kalangan dalaman UMNO tahu, bahawa beberapa orang Anwar cukup rapat dengan beberapa orang pemimpin atasan UMNO. Mereka masih merisik dan bekerjasama. Nanti kita dedahkan siapakah mereka itu.

Read the rest of this entry »

Posted in Uncategorized | Tagged: , , , , | Leave a Comment »

TALAM DUA MUKA

Posted by Anwar Ibrahim on February 11, 2008

Inilah wajah seorang pemimpin yang diagung-agungkan oleh segelintir orang Melayu pada masa kini. Anwar, bukan hanya sekadar pandai bermain kata-kata tetapi pandai memutar belit untuk kepentingan peribadi beliau. Ini jelas telah terbukti melalui 2 video yang boleh anda saksikan di akhir artikel ini. Pada satu ketika, beliau amat marah dan mengutuk NIK AZIZ kerana memuji mantan Perdana Menteri TUN DR. MAHATHIR MOHAMAD yang telah menyediakan peruntukan RM600 juta pada Kelantan untuk tujuan pembangunan selain memuji keberanian TUN DR. MAHTHIR dalam memerangi keganasan yahudi terhadap Palestin. Malah, lebih menyakitkan hati Anwar apabila NIK AZIZ mengatakan yang TUN DR. MAHATHIR adalah sahabat lama beliau. Dalam ucapan balas Anwar selepas kenyataan NIK AZIZ tersebut, Anwar mengaitkan NIK ADLI iaitu anak kepada NIK AZIZ yang telah ditahan dibawah ISA sewaktu dibawah pemerintahan DR. MAHATHIR dalam usaha beliau untuk mengingatkan NIK AZIZ supaya membenci DR. MAHATIR…

Read the rest of this entry »

Posted in Uncategorized | Tagged: , , , | 3 Comments »

BERCAKAP BUKANNYA MUDAH

Posted by Anwar Ibrahim on January 24, 2008

Salam sejahtera. Saya terpanggil untuk memberi pendapat mengenai kenyataan Anwar Ibrahim  berkenaan isu kenaikan harga minyak. Terus terang saya katakan, saya bukanlah pro kerajaan mahupun anti pembangkang. Saya adalah seorang peensyarah di salah sebuah universiti tempatan (berkait rapat dengan hubungan antarabangsa) yang saya rasa tidak perlulah saya nyatakan dimana saya bertugas. Saya hanya mahu para pembaca befikir sejenak apakah fakta saya ini logik dari segi akal mahupun teorinya. Ini adalah hasil kajian dan pembacaan ilmiah saya selama ini. Saya bukanlah seorang yang bijak pandai tetapi sekadar untuk berkongsi maklumat dengan pembaca laman ini dimana negara kita sekarang telah bergerak maju dengan ledakan maklumat yang mudah diperolehi. Read the rest of this entry »

Posted in Uncategorized | Leave a Comment »

Apala yang kau mengarut ni Anwar???

Posted by Anwar Ibrahim on January 14, 2008

Aku tak pernah tengok orang Malaysia yang tak pernah bersyukur menikmati kemakmuran yang kita kecapi semenjak merdeka 50 tahun dahulu. Kau ingat kau tu bagus sangat ke Anwar. Kau kutuk kerajaan Malaysia sebab Universiti Malaya berada 200 Universiti terbaik dunia berbanding universiti Singapura. Kau tak sedar ke yang kau tu belajar kat Universiti Malaya tu sebab kerajaan bagi kau peluang untuk belajar. Apa kau ingat kalau kau jadi Perdana Menteri, Universiti Malaya boleh jadi 10 universiti terbaik ke?kalau kau dapat jadi Perdana Menteri, kau rasa kau boleh bagi keuntungan beratus juta ringgit pada MAS ke? kau kan pernah jadi Menteri Kewangan dulu, tapi MAS tak untung jugak. Kau nak cakap Inggeris pun kena fikir dulu (tergagap-gagap) macam mana kau nak bawa negara kita ni ke arah kemajuan. Kau jangan nak kencing orang ramai la Anwar, kalau kau tak kena pecat dulu, aku rasa negara kita ni memang kena bayar cukai tinggi sebabnya kau pandai-pandai nak minta bantuan IMF. Bila hutang dah banyak nak bayar balik IMF, sape yang nak tanggung, rakyatla. Kau kata kerajaan ni bodoh tapi sebenarnya kau tu lagi bodoh, tak pernah bersyukur dah jadi Timbalan Perdana Menteri, lepas tu tak sabar-sabar nak jadi Perdana Menteri. Apa la punya bangang kau ni Anwar. Kalau kau tak puas hati kat Malaysia ni kau buang je la kerakyatan kau tu, pegi duduk mana-mana negara nak terima kau. Kau tengok Negara Indon, India, Filipina lepas tu kau bandingkan dengan Negara kita, apa yang tak cukup lagi? Sebenarnya yang tak cukup tu kau sorang je sebab tak dapat jadi perdana menteri betul tak?

Read the rest of this entry »

Posted in Uncategorized | Tagged: , , , | 16 Comments »

Bolehkah Anwar Ibrahim Menjadi Perdana Menteri Malaysia?

Posted by Anwar Ibrahim on December 14, 2007

Malaysia adalah sebuah Negara yang mengamalkan pemerintahan demokrasi berperlembagaan dan ianya telah didokong sejak Negara ini merdeka pada tahun 1957. Secara logiknya, kita memerlukan seorang pemimpin yang boleh membawa Negara kita kearah kecemerlangan dan menjadi contoh sebuah Negara membangun yang pesat berbanding Negara membangun yang lain. Laman ini bukanlah digunakan sebagai propaganda oleh mana-mana parti politik samada parti kerajaan mahupun pembangkang tetapi ianya adalah untuk menyedarkan orang ramai tentang siapakah Dato Seri Anwar Ibrahim sebenarnya.


Saya amat menghormati Dato Seri Anwar Ibrahim dan saya adalah orang yang paling lantang memperjuang kan nasib Anwar sejurus selepas Anwar di pecat dari jawatannya sebagai Timbalan Perdana Menteri. Saya tidak berharap apa-apa balasan memperjuangkan bersama-sama beliau tetapi lebih kepada untuk mendapatkan keadilan kerana saya percaya Anwar tidak bersalah diatas beberapa tuduhan yang telah dilemparkan kepada beliau. Secara peribadinya, saudara Anwar sememangnya tidak mengenali saya tetap saya amat teruja untuk membantu beliau yang dilihat seperti teraniaya. Pada satu ketika saya amat berharap saudara Anwar akan menjadi Perdana Menteri selepas Tun Dr. Mahathir Mohamad. Dengan ciri-ciri warak dan alim sudah cukup untuk menyakinkan saya bahawa Anwar adalah seorang pemimpin yang akan membawa rakyat Malaysia khususnya orang Melayu menuju kearah yang lebih maju dari segi agama, ekonomi dan sosial.


Namun semenjak saya mengikuti perkembangan saudara Anwar dari sehari ke sehari, beberapa tindakan beliau dilihat seperti tidak menunjukkan apa yang saya fikirkan sebelum ini. Semenjak beliau dipenjarakan, beberapa usaha beliau untuk meminta bantuan pihak luar dalam usaha untuk memberikan tekanan kepada kerajaan Malaysia adalah satu usaha yang boleh dilabelkan sebagai pengkhianat Negara. Apakah tujuan anwar sebenarnya yang memburukkan Negara sendiri di luar Negara, sebuah Negara yang memberikan beliau tempat untuk berteduh, mendapatkan pendidikan serta membesarkan anak-beliau dan tapak beliau untuk menceburi diri dalam bidang politik sehingga menjadi seorang Timbalan Perdana Menteri. Apakah Anwar ingin melihat kehancuran Negara sendiri semata-mata untuk mencapai cita-cita beliau sebagai Perdana Menteri? Apakah rakyat Malaysia boleh menerima seorang Perdana Menteri melalui hasil campur tangan orang luar seperti apa yang berlaku kepada Iraq yang sehingga sekarang tiada kesudahan untuk membentuk sebuah kerajaan yang boleh membela rakyat mereka walaupun Perdana Menteri baru telah dilantik bagi menggantikan mantan Presiden Saddam Hussien? Apakah Negara ini akan menjadi lebih maju berbanding sekarang jika beliau dilantik sebagai Perdana Menteri setelah berlakunya HURU-HARA ke atas Negara yang dicintai ini. Renung-renungkanlah……


Terbaru, dalam isu HINDRAF, Anwar dilihat cuba menjadi HERO kepada kaum India di mana seperti yang kita tahu motif perjuangan HINDRAF adalah untuk menafikan hak orang melayu yang selama ini tidak pernah dipertikaikan oleh kaum lain. Apakah tujuan utama beliau yang sanggup memberikan sokongan kepada seorang peguam yang juga penaung HINDRAF di Klang sewaktu P. Uthayakumar dihadapkan ke mahkamah. Kenapa beliau tidak memperjuangkan dahulu nasib orang Melayu berbanding kaum India? Mengapakah beliau tidak memperjuangkan nasib kaum India sebelum isu HINDRAF ini timbul? Inikah yang dikatakan seorang pemimpin yang kita agung-agungkan selama ini? Fikir-fikirkanlah….


Sebagai rakyat biasa, kita tidak mudah tertipu dengan lakonan yang dilakukan oleh Anwar Ibrahim selama ini. Pernah satu ketika dahulu Anwar pernah berkata akan mendedahkan bukti-bukti penyelewengan kerajaan kepada umum dengan mengatakan yang beliau mempunyai berkotak-kotak dokumen rahsia kerajaan. Namun sehingga ke hari ini bukti-bukti tersebut tidak dikemukakan. Antara lakonan yang tidak dapat diterima adalah lakonan beliau sewaktu beliau mengunjungi pusara arwah bondanya dengan berkerusi roda di mana beliau didapati tidak mampu untuk berjalan tetapi apabila tiba di hospital beliau seperti seorang yang cergas berdiri tanpa bantuan sesiapa.


Justeru itu, saya ingin melontarkan beberapa persoalan kepada anda semua, inikah ciri-ciri seorang bakal Perdana Menteri yang kita harapkan? Dimanakah kebenaran perjuangan Anwar ibrahim selama ini? Adakah Anwar seorang pejuang bangsa yang boleh dipercayai? Mengapakah bantuan dari pihak asing diperlukan? Apakah wajar negara ini diburuk-burukkan pada pihak luar? SEBAGAI SEORANG RAKYAT MALAYSIA YANG SAYANGKAN NEGARANYA, ANDA PASTI MEMPUNYAI JAWAPAN YANG RELEVAN TENTANG ARTIKEL INI……

Posted in Uncategorized | Tagged: , , | 4 Comments »

 
Follow

Get every new post delivered to your Inbox.