Anti Anwar Ibrahim

Bila Manusia semakin gila kuasa..

Bolehkah Anwar Ibrahim Menjadi Perdana Menteri Malaysia?

Posted by Anwar Ibrahim on December 14, 2007

Malaysia adalah sebuah Negara yang mengamalkan pemerintahan demokrasi berperlembagaan dan ianya telah didokong sejak Negara ini merdeka pada tahun 1957. Secara logiknya, kita memerlukan seorang pemimpin yang boleh membawa Negara kita kearah kecemerlangan dan menjadi contoh sebuah Negara membangun yang pesat berbanding Negara membangun yang lain. Laman ini bukanlah digunakan sebagai propaganda oleh mana-mana parti politik samada parti kerajaan mahupun pembangkang tetapi ianya adalah untuk menyedarkan orang ramai tentang siapakah Dato Seri Anwar Ibrahim sebenarnya.


Saya amat menghormati Dato Seri Anwar Ibrahim dan saya adalah orang yang paling lantang memperjuang kan nasib Anwar sejurus selepas Anwar di pecat dari jawatannya sebagai Timbalan Perdana Menteri. Saya tidak berharap apa-apa balasan memperjuangkan bersama-sama beliau tetapi lebih kepada untuk mendapatkan keadilan kerana saya percaya Anwar tidak bersalah diatas beberapa tuduhan yang telah dilemparkan kepada beliau. Secara peribadinya, saudara Anwar sememangnya tidak mengenali saya tetap saya amat teruja untuk membantu beliau yang dilihat seperti teraniaya. Pada satu ketika saya amat berharap saudara Anwar akan menjadi Perdana Menteri selepas Tun Dr. Mahathir Mohamad. Dengan ciri-ciri warak dan alim sudah cukup untuk menyakinkan saya bahawa Anwar adalah seorang pemimpin yang akan membawa rakyat Malaysia khususnya orang Melayu menuju kearah yang lebih maju dari segi agama, ekonomi dan sosial.


Namun semenjak saya mengikuti perkembangan saudara Anwar dari sehari ke sehari, beberapa tindakan beliau dilihat seperti tidak menunjukkan apa yang saya fikirkan sebelum ini. Semenjak beliau dipenjarakan, beberapa usaha beliau untuk meminta bantuan pihak luar dalam usaha untuk memberikan tekanan kepada kerajaan Malaysia adalah satu usaha yang boleh dilabelkan sebagai pengkhianat Negara. Apakah tujuan anwar sebenarnya yang memburukkan Negara sendiri di luar Negara, sebuah Negara yang memberikan beliau tempat untuk berteduh, mendapatkan pendidikan serta membesarkan anak-beliau dan tapak beliau untuk menceburi diri dalam bidang politik sehingga menjadi seorang Timbalan Perdana Menteri. Apakah Anwar ingin melihat kehancuran Negara sendiri semata-mata untuk mencapai cita-cita beliau sebagai Perdana Menteri? Apakah rakyat Malaysia boleh menerima seorang Perdana Menteri melalui hasil campur tangan orang luar seperti apa yang berlaku kepada Iraq yang sehingga sekarang tiada kesudahan untuk membentuk sebuah kerajaan yang boleh membela rakyat mereka walaupun Perdana Menteri baru telah dilantik bagi menggantikan mantan Presiden Saddam Hussien? Apakah Negara ini akan menjadi lebih maju berbanding sekarang jika beliau dilantik sebagai Perdana Menteri setelah berlakunya HURU-HARA ke atas Negara yang dicintai ini. Renung-renungkanlah……


Terbaru, dalam isu HINDRAF, Anwar dilihat cuba menjadi HERO kepada kaum India di mana seperti yang kita tahu motif perjuangan HINDRAF adalah untuk menafikan hak orang melayu yang selama ini tidak pernah dipertikaikan oleh kaum lain. Apakah tujuan utama beliau yang sanggup memberikan sokongan kepada seorang peguam yang juga penaung HINDRAF di Klang sewaktu P. Uthayakumar dihadapkan ke mahkamah. Kenapa beliau tidak memperjuangkan dahulu nasib orang Melayu berbanding kaum India? Mengapakah beliau tidak memperjuangkan nasib kaum India sebelum isu HINDRAF ini timbul? Inikah yang dikatakan seorang pemimpin yang kita agung-agungkan selama ini? Fikir-fikirkanlah….


Sebagai rakyat biasa, kita tidak mudah tertipu dengan lakonan yang dilakukan oleh Anwar Ibrahim selama ini. Pernah satu ketika dahulu Anwar pernah berkata akan mendedahkan bukti-bukti penyelewengan kerajaan kepada umum dengan mengatakan yang beliau mempunyai berkotak-kotak dokumen rahsia kerajaan. Namun sehingga ke hari ini bukti-bukti tersebut tidak dikemukakan. Antara lakonan yang tidak dapat diterima adalah lakonan beliau sewaktu beliau mengunjungi pusara arwah bondanya dengan berkerusi roda di mana beliau didapati tidak mampu untuk berjalan tetapi apabila tiba di hospital beliau seperti seorang yang cergas berdiri tanpa bantuan sesiapa.


Justeru itu, saya ingin melontarkan beberapa persoalan kepada anda semua, inikah ciri-ciri seorang bakal Perdana Menteri yang kita harapkan? Dimanakah kebenaran perjuangan Anwar ibrahim selama ini? Adakah Anwar seorang pejuang bangsa yang boleh dipercayai? Mengapakah bantuan dari pihak asing diperlukan? Apakah wajar negara ini diburuk-burukkan pada pihak luar? SEBAGAI SEORANG RAKYAT MALAYSIA YANG SAYANGKAN NEGARANYA, ANDA PASTI MEMPUNYAI JAWAPAN YANG RELEVAN TENTANG ARTIKEL INI……

Advertisements

4 Responses to “Bolehkah Anwar Ibrahim Menjadi Perdana Menteri Malaysia?”

  1. khairy said

    Pandai nye ko..belajar sekolah mane?

  2. azham said

    Saya ada pandangan tersendiri terhadap diri Anwar. Anwar ada agendanya tersendiri untuk membela rakyat jelata. Sekiranya dia juga bercadang untuk meminjam dari IMF juga adalah untuk kepentingan rakyat bukan untuk kepentingan diri sendiri beliau. Demi untuk kepentingan rakyat jelata, apa yang diperjuangkan adalah pembenterasan gejala rasuah yang sudah sangat tenat di kalangan pemimpin, pembahagian tender dan kotrak projek mega yang tidak telus, dengan melalui rundingan terus yang sudah tentunya hanya akan dibolot di kalangan kroni terdekat dengan para menteri-menteri. Kalau bukan Anwar siapa lagi yang mahu membuka pekung ini selama-lamanya?? Bagilah jawapannya kalau ada insan lain yang seberani Anwar untuk membongkar segala penyelewengan dan rasuah di kalangan para pemimpin tertinggi?? Kerana itulah Anwar dipecat dengan memfitnahnya kerana takut rahsia pekung kalangan pemimpin di sekelilingnya akan terbongkar satu persatu. Anwar tidak mengarut. Sehinggakan Anwar diberikan kepercayaan untuk diminta pendapat bagaimana memajukan ekonomi rakyat negara mereka. Anwar berkata melalui fakta dan Anwar akan buktikan yang dia akan lakukan apa yang dia kata.

  3. mahafiraun said

    Mesti tun mahadet kutty tukang lancap punye blog ni.

  4. Marhain said

    Pada pandangan saya, DSAI memang tidak layak untuk menjadi perdana menteri kerana DSAI ialah pengkhianat kepada bangsa melayu dan negara ;beliau sanggup bersengkongkol dengan pihak luar terutamanya AS untuk menjatuhkan kerajaan yang dipilih secara sah, sanggup menggunakan apa sahaja demi mencapai kuasa dan cita-cita beliau(demonstrasi, fitnah, sandiwara) dap yang paling menyakitkan hati saya sebagai seorang melayu ialah DSAI SANGGUP MENGKHIANATI ORANG MELAYU dengan bersengkongkol dengan golongan yang memang diketahui sebagai anti melayu dan islam( DAP, HINDRAF).Adakah pemimpin sebegini yang boleh dipercayai oleh orang melayu untuk mentadbir negara? fikir-fikirkan.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: