Anti Anwar Ibrahim

Bila Manusia semakin gila kuasa..

BERCAKAP BUKANNYA MUDAH

Posted by Anwar Ibrahim on January 24, 2008

Salam sejahtera. Saya terpanggil untuk memberi pendapat mengenai kenyataan Anwar Ibrahim  berkenaan isu kenaikan harga minyak. Terus terang saya katakan, saya bukanlah pro kerajaan mahupun anti pembangkang. Saya adalah seorang peensyarah di salah sebuah universiti tempatan (berkait rapat dengan hubungan antarabangsa) yang saya rasa tidak perlulah saya nyatakan dimana saya bertugas. Saya hanya mahu para pembaca befikir sejenak apakah fakta saya ini logik dari segi akal mahupun teorinya. Ini adalah hasil kajian dan pembacaan ilmiah saya selama ini. Saya bukanlah seorang yang bijak pandai tetapi sekadar untuk berkongsi maklumat dengan pembaca laman ini dimana negara kita sekarang telah bergerak maju dengan ledakan maklumat yang mudah diperolehi.

Seperti yang kita tahu, di pejabat, di kedai kopi, di rumah atau dimana sahaja kita berada, kita sering membincangkan isu harga minyak yang naik mendadak sejak lima tahun kebelakangan ini. Melihat kepada situasi negara pada masa kini, memang diakui, rakyat telah terkena tempias ekoran kenaikan harga minyak. Namun, sebagi seorang rakyat yang berfikiran rasional, harga minyak bukannya ditentukan oleh negara kita secara amnya. Ianya melibatkan beberapa faktor yang negara kita sendiri tidak dapat elakan untuk menaikkan harga minyak. Faktor utama harga minyak naik adalah dipengaruhi oleh masalah global yang juga melibatkan seluruh negara didunia ini.

Antara faktor tersebut adalah seperti kelemahan ekonomi Amerika Syarikat, penaklukan Amerika Syarikat terhadap Iraq, tekanan kuat Amerika Syarikat untuk menyerang Iran dan Pengeluar minyak utama negara yang menentukan harga minyak dipasaran dunia.

Pertama sekali, seperti yang kita tahu, dunia mengalami kenaikan harga minyak semenjak As menakluk Negara Iraq dimana Iraq adalah pengeluar minyak utama dunia selepas Arab Saudi dan Iran. Ini seterusnya menyebabkan jumlah pengeluaran minyak kurang berbanding sebelumnya.

Yang kedua, dunia sekarang tertumpu kepada AS dan Iran, apakah Iran akan diserang oleh negara kuasa besar itu rentetan isu neuklear Iran. Ini menyebabkan negara pengeluar minyak mengambil sikap berhati-hati terhadap isu ini seterusnya memberi impak secara langsung terhadap kenaikan harga minyak. Ini bermakna, tidak mustahil minyak akan naik sehingga US200 dolar satu tong jika benar Iran akan diserang lebih-lebih lagi Iran adalah pengeluar minyak utama dunia seterusnya dunia akan mengalami krisis kekurangan minyak.

Yang ketiga adalah, Pengeluar Minyak Dunia (OPEC) yang mempunyai kuasa untuk menentukan harga minyak kerana mereka adalah kuasa utama pengeluar petroleum dimana ianya adalah sumber pendapatan negara masing-masing. Minyak adalah senjata utama mereka jika mereka diancam dari segi ketenteraan mahupun ekonomi.

Berbalik kepada negara kita yang kita cintai, Malaysia. Sememangnya kita harus bersyukur kerana negara kita telah dilimpahkan dengan pelbagai hasil kekayaan muka bumi hasil dari sektor pertanian, petroleum dan sebagainya. Namun begitu, hasil petroleum kita tidaklah sehebat negara-negara arab yang bergantung sepenuhnya terhadap hasil petroleum mereka sebagai pendapatan. Kita masih boleh lagi bergantung kepada sektor pertanian, perindustrian dalam usaha untuk menjana ekonomi negara kita.

Petronas adalah sebuah syarikat bukan kerajaan (GLC) yang mempunyai kaitan dengan kerajaan. Ini adalah salah satu usaha untuk memajukan syarikat milik negara seterusnya menaikkan nama negara. Sememangnya diakui, Petronas telah mendapat keuntungan untuk besar ekoran kenaikan harga minyak global, namun ianya tidaklah seperti di negara arab.

Sebenarnya kenaikan harga minyak di negara kita seharusnya ditanggung bersama oleh rakyat Negara ini. Tetapi, kita masih boleh lagi berterima kasih pada pihak kerajaan kerana sudi memberi subsidi walaupun rakyat masih terasa peritnya. Jika dibandingkan dengan Negara ASEAN yang lain, harga minyak dinegara kita masih lagi terendah selepas Brunei. Cuba bayangkan Negara Thailand, harga minyak mereka jauh lebih tinggi berbanding kita. Mereka sanggup menyeludup minyak dari negara kita kerana ianya amat menguntungkan jika dibandingkan di negara mereka.

Jadi, sebagai rakyat Malaysia, kita tidak seharusnya mudah melatah terhadap isu kenaikan harga minyak kerana semua Negara menghadapinya bersama walaupun ianya amat memeritkan. Janganlah ada pihak yang tertentu cuba mengeksploitasikan isu kenaikan harga minyak semata-mata untuk tujuan politik sendiri. Tiada hujah dan cadangan relevan dikemukakan bagi memastikan harga minyak dapat dikawal kenaikannya di negara kita.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: