Anti Anwar Ibrahim

Bila Manusia semakin gila kuasa..

TALAM DUA MUKA

Posted by Anwar Ibrahim on February 11, 2008

Inilah wajah seorang pemimpin yang diagung-agungkan oleh segelintir orang Melayu pada masa kini. Anwar, bukan hanya sekadar pandai bermain kata-kata tetapi pandai memutar belit untuk kepentingan peribadi beliau. Ini jelas telah terbukti melalui 2 video yang boleh anda saksikan di akhir artikel ini. Pada satu ketika, beliau amat marah dan mengutuk NIK AZIZ kerana memuji mantan Perdana Menteri TUN DR. MAHATHIR MOHAMAD yang telah menyediakan peruntukan RM600 juta pada Kelantan untuk tujuan pembangunan selain memuji keberanian TUN DR. MAHTHIR dalam memerangi keganasan yahudi terhadap Palestin. Malah, lebih menyakitkan hati Anwar apabila NIK AZIZ mengatakan yang TUN DR. MAHATHIR adalah sahabat lama beliau. Dalam ucapan balas Anwar selepas kenyataan NIK AZIZ tersebut, Anwar mengaitkan NIK ADLI iaitu anak kepada NIK AZIZ yang telah ditahan dibawah ISA sewaktu dibawah pemerintahan DR. MAHATHIR dalam usaha beliau untuk mengingatkan NIK AZIZ supaya membenci DR. MAHATIR…

Kemudian, Anwar sendiri telah mengakui yang DR. MAHATHIR telah mengakui usaha jihad DR. MAHATHIR membantu MUJAHIDIN Afghanistan semasa penentangan pencerobohan Soviet Union pada tahun 1980an.

Dalam satu lagi ceramah, dia memuji pula NIK AZIZ ekoran usaha keras Barisan Nasional untuk merampas negeri Kelantan. Dengan pujian melambung-lambung yang mengatakan mengapa kerajaan pimpinan NIK AZIZ perlu ditukar selain memberi persoalan mengapa ketokohan NIK AZIZ perlu dipertikai.

Cukup-cukuplah tu Anwar, kita orang dah tak larat nak dengar sandiwara anda selama ini. Kenapa sekarang baru nak keluar cerita yang tak elok mengenai kerajaan. Apa yang kerajaan buat je semua tak betul. Dia je la yang betul. Kalau betul ikhlas nak membetulkan kerajaan yang banyak terlibat dengan rasuah dan sebagainya kenapa masa dalam kerajaan dulu anda tidak ‘out spoken’, atau berterus terang. Tapi masa dalam kerajaan dulu, semuanya ok macam tak pernah ada masalah pulak. Apa sebenarnya yang betul dimata kaca Anwar? Saya ada satu persoalan terhadap saudara ANWAR. Apakah anda seorang yang betul-betul bersih semasa anda di dalam kerajaan sebelum ini. Jika terdapat pemimpin UMNO yang terlibat dengan rasuah semasa anda di dalam kerajaan sebelum ini, kenapa anda tidak melaporkan kepada BPR tetapi anda membuat tuduhan selepas anda dipecat dari jawatan Tim. Perdana Menteri.

Wahai Anwar, kalau benarlah anda ingin membantu rakyat, anda sepatutnya menurunkan harga minya semenjak anda menjadi Menteri Kewangan lagi. Kenapa sekarang baru anda sibuk mahu membantu rakyat ingin menurunkan harga minyak. Anda seperti tidak ikhlas memperjuangkan kepentingan rakyat kerana apabila anda susah, anda mahu mengurangkan beban rakyat tetapi pada ketika anda senang, anda tidak mendengar suara hati rakyat…cukuplah….cukuplah ANWAR

Advertisements

3 Responses to “TALAM DUA MUKA”

  1. james said

    wei..apala ko ni anuar..ckp slalu x serupa bikinla..mcm parya tau…kalo ko ada kuasa pn xkemana gak…xhbis2 ngn skandal lama ko tu..

  2. masyuuuk said

    Begitula rupanya seorang manusia yang hipokrit. Dulu siap kutuk nik aziz masa dalam UMNO, skrg punyala sanjung. orang sekarang tak mudah tertipu lagi dgn ko anwar………

  3. yuuush said

    blah la lu anwar

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: